wwebbijak

Polisi Privasi

Kemaskini terakhir: 17 Oktober 2026

Polisi ini terangkan data peribadi apa yang kami kumpul bila anda guna laman web webbijak, kenapa kami kumpul, siapa lain yang terima data tu, berapa lama kami simpan, dan apa hak anda. Kami ikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1Siapa kami

Laman web webbijak dikendalikan oleh BIJAK MARKETING (No. Pendaftaran: 202503081317 (003712304-U)), No 136A, Jalan Serunai, Taman Sri Kulai Baru 2, 81000 Kulai, Johor.

Untuk apa-apa soalan pasal data peribadi anda, emel kami di support@webbijak.com.

2Data yang kami kumpul

DataBilaUntuk apa
Nama, emel, negeriMasa anda isi borang beliProses order, hantar notis bayaran, dan sahkan siapa yang boleh log masuk untuk muat turun
No. telefon (pilihan)Masa anda isi borang beli, kalau anda isiDihantar ke Billplz bersama bil bayaran, dan untuk kami hubungi anda pasal order
Pilihan papar namaKalau anda tanda kotak "Boleh papar nama pertama & negeri saya"Papar notifikasi pembelian di halaman jualan (nama pertama + huruf pertama nama kedua + negeri, contoh "Aina R. dari Selangor")
Maklumat orderMasa order dibuat dan dibayarProduk, harga, status bayaran, masa order dan masa bayar, no. bil Billplz, sama ada order layak dapat bonus, dan sama ada emel notis dah dihantar
Kod log masukBila anda minta kod di halaman Akaun SayaSahkan emel anda. Kami simpan kod dalam bentuk hash (bukan kod asal), bersama emel, masa tamat dan bilangan cubaan salah
Sesi log masukLepas anda log masukSupaya anda tak perlu masukkan kod setiap kali. Kami simpan emel dan hash token sesi
Rekod muat turunSetiap kali anda muat turun kit atau bonusEmel, no. order, produk dan masa muat turun, untuk bantu anda kalau ada masalah dan untuk elak fail dikongsi
ReviewKalau anda tulis review di Akaun Saya (untuk buka bonus)Bintang, ulasan, jenis/tempat bisnes (pilihan) dan pilihan papar. Review hanya dipapar di laman web kalau anda tanda kotak setuju dan kami pilih untuk papar
Data teknikalSetiap kali anda buka laman webAlamat IP dan maklumat pelayar diproses oleh Cloudflare (hosting dan semakan robot Turnstile) dan Google Fonts. Kami tidak simpan alamat IP dalam pangkalan data kami

Kami tidak terima maklumat bank atau kad anda. Bayaran dibuat di halaman Billplz dan bank anda (contohnya FPX). Butiran bank anda tidak sampai ke sistem kami.

3Data wajib dan data pilihan

4Siapa lain yang terima data

Kami tidak jual data peribadi anda. Kami hanya kongsi data dengan pihak di bawah, setakat yang perlu untuk jalankan laman web ni:

Sesetengah pihak di atas (contohnya Cloudflare, Resend dan Google) ialah syarikat luar negara. Jadi data anda mungkin diproses atau disimpan di luar Malaysia.

5Kuki dan storan pelayar

NamaJenisUntuk apa
wb_sesiKuki, 30 hariSimpan sesi log masuk Akaun Saya. Dipadam bila anda log keluar
wb_bonusKuki, 30 hariCatat masa anda mula-mula buka halaman jualan, untuk kira tempoh bonus. Kuki ni tak simpan nama atau emel
wb_emailStoran sesi pelayar (sessionStorage)Ingat emel anda antara langkah minta kod dan masukkan kod. Dibuang lepas log masuk, atau bila tab ditutup
TurnstileDitetapkan oleh CloudflareSemakan robot masa beli dan masa minta kod log masuk

Buat masa ini kami tidak guna kuki analitik atau kuki iklan (contohnya Google Analytics atau Facebook Pixel). Kalau kami tambah nanti, kami akan kemaskini polisi ni dulu.

6Berapa lama kami simpan

7Keselamatan data

Tiada sistem yang 100% selamat, tapi kami ambil langkah munasabah untuk lindungi data anda.

8Hak anda

Mengikut PDPA, anda boleh:

Emel permintaan anda ke support@webbijak.com guna emel yang sama dengan masa beli. Kami akan jawab dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.

9Perubahan polisi

Kami mungkin kemaskini polisi ni dari semasa ke semasa. Tarikh "Kemaskini terakhir" di atas akan ditukar setiap kali ada perubahan.

10Hubungi kami

Bijak Marketing · support@webbijak.com

Baca juga Terma & Syarat.